top of page

Ganda Pendapatan Anda Melalui Kerjaya

Pengenalan

Saya bermula daripada bawah. Sebelum saya mula bekerja sebagai Jurutera Mewah Petroleum, saya banyak buat kerja separuh masa ketika belajar. Ketika itu wang elaun sara diri sangatlah rendah untuk terus sara hidup ketika belajar di Australia.

Sebelum itu, saya harap perkongsiaan saya ini berguna untuk anda. Saya bukannya hendak menunjuk nunjuk tetapi saya mahu berikan suntikan semangat kepada anda kenapa anda perlu minat dengan kerja anda walaupun sukar.

Baiklah, ketika saya di Australia, saya bekerja di Hotel sebagai housekeeping dan housemen. Saya juga berpeluang bekerja dengan sebuah Syarikat Cuci oleh seorang rakyat Malaysia di sana. Saya mencuci Sekolah Islam Antarabangsa Western Australia.

Alhamdulillah dengan kerja separuh masa, saya dapat menambah pendapatan sara hidup saya di sana. Disamping itu banyak faedah dan pengalaman yang saya belajar melalui kerja separuh masa.

Bagi anda yang baca artikel ini seorang pelajar atau seorang graduan yang baru habis belajar, saya sarankan anda buat kerja separuh masa dan timba pengalaman daripada situ.

Hari ini semasa saya menulis artikel ini, saya adalah seorang Pekerja Professional yang kembara satu dunia untuk menimba pengalaman dan ilmu yang sangat luas di dunia ini. Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada saya.

Saufi Karim

Expatriat Professional

Founder Saufikarim.com Group

bottom of page